Sharp Melancarkan Tiga Telefon Pintar Baru Dengan Snapdragon 808

Sharp Melancarkan Tiga Telefon Pintar Baru Dengan Snapdragon 808

Diterbitkan pada Okt 1, 2015 oleh .

Sharp melancarkan tiga lagi peranti pintar yang diperkasakan pemproses Snapdragon 808 untuk pasaran Jepun. Sharp Aquos Zeta SH-01H mempunyai skrin 5.3″ IGZO FHD, RAM sebesar 3 Gigabyte dan muatan dalam sebesar 32 Gigabyate (sokongan kad MikroSD 200 Gigabyte). Kamera  utama sebesar 13 Megapixel OIS dan kamera hadapan 8 Megapixel. Sistem pengimbas cap jari disertakan pada bahagian belakang peranti. Akhir sekali ia dilengkapi bateri sebesar 3100 mAh. Peranti ini mempunyai beberapa fungsi menarik. Pertama sekali sistem Grip Magic yang mengaktifkan skrin peranti secara automatik apabila ia mengesan tubuhnya dipegang. Sistem Emopa pula membolehkan peranti bercakap dan menunjukkan emosi. Sebagai contoh sekiranya ia terjatuh,  ia akan menjerit mengatakan dirinya sakit.

Sharp-Aquos-SH-01H-b

Sharp Aquos Zeta SH-02H pula mempunyai skrin 4.7″ IGZO FHD, RAM sebesar 3 Gigabyte dan muatan dalaman sebesar 16 Gigabyte (sokongan kad MikroSD 200 Gigabyte). Kemampuan optik adalah sama seperti SH-01H. Bateri lebih kecil digunakan iaitu 2810 mAh.Fungsi Grip Magic dan Emopa turut  tetapi disertakan. Sebuah lagi perbezaan ialah SH-02H tidak mempunyai pengimbas cap jari pada bahagian belakang. Akhir sekali ialah Sharp Disney Mobile (DM-01H), ianya SH-02H dengan rekaan khas Disney.

Sharp-Aquos-SH-02HSharp-Disney


TIPS & ULASAN