Cari @ Amanz

LG telah memperkenalkan LG Watch Urbane pada awal tahun ini, yang mana merupakan rekaan jam tangan premium dengan menggunakan skrin berbentuk bulat. Ketika itu, mereka turut memperkenalkan variasi berasaskan kepada sistem operasi webOS yang hadir dengan sokongan LTE.

LG Android Wear

Hari ini, mereka turut sama memperkenalkan jam tangan pintar dengan sokongan LTE mereka menjalankan sistem operasi Android Wear. Pengenalan ini menjadikan LG antara yang terawal memperkenalkan jam tangan pintar Android Wear dengan sokongan rangkaian LTE.

Dengan integrasi LTE, ia sekaligus membolehkan pengguna menggunakan jam tangan pintar ini tanpa perlu menghubungkan ia kepada telefon pintar, selain boleh menjawab panggilan dan membalas SMS.

Disamping penambahan sokongan LTE, LG Watch Urbane LTE ini turut menawarkan rekaan skrin yang sedikit besar, dan binaan badan sedikit kecil.

Buat masa ini, mereka tidak mengumumkan sebarang harga jualan untuknya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd