Cari @ Amanz

Digi Unlimited CallsDigi hari ini telah menambah penawaran pelan telekomunikasi mereka, dimana melalui pelan pascabayar baru, Digi menawarkan penawaran panggilan dan SMS tanpa had kepada 3 nombor Digi yang lain pada harga bermula RM25 sebulan.

Selain daripada panggilan tanpa had kepada 3 nombor Digi ini, pihak Digi turut melengkapkan pelan ini dengan penawaran data sebanyak 1GB. Untuk panggilan keluar yang lain, pengguna akan dikenakan caj sebanyak 20 sen seminit, atau 15 sen satu SMS.

Disamping itu, bagi mereka yang memerlukan panggilan tanpa had kepada semua nombor telefon, Digi menawarkan pakej pada harga bulanan RM65 yang turut hadir dengan penawaran data sebanyak 3GB.

Digi Unlimited Calls

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd