Logitech Memperkenalkan Logi Circle – Kamera Yang Membolehkan Anda Memantau Keadaan Rumah Anda

Logitech Memperkenalkan Logi Circle – Kamera Yang Membolehkan Anda Memantau Keadaan Rumah Anda

Diterbitkan pada Okt 1, 2015 oleh .

Terdapat beberapa kamera yang memfokuskan kepada pemantauan rumah dan sekuriti – dan membolehkan pengguna melihat keadaan semasa menggunakan telefon pintar atau komputer di lokasi lain. Terkini, menyertai arena sama adalah Logitech dengan produk terbaru mereka, Logi Circle.

Log Circle merupakan sebuah kamera mudah-alih untuk rumah yang turut boleh dihubungkan ke WiFi. Sebuah aplikasi khusus disediakan untuk kamera ini, membolehkan pengguna strim akan keadaan semasa terus ke telefon pintar mereka.

Logi Circle

Disamping itu, pengguna turut boleh mendapatkan video 30-saat dalam bentuk time-lapse setiap hari yang memperlihatkan keadaan dan aktiviti menarik yang berlaku di rumah anda pada sesuatu hari.

Selain hanya pemantauan, kamera ini juga turut boleh digunakan untuk komunikasi dua-hala bersama ahli keluarga atau mereka yang berada di rumah. Kamera pada Logi Cirlce ini menawarkan rakaman sudut seluas 135-darjah, dan membolehkan pengguna zoom sehingga 8-kali. Menggunakan aplikasi yang disediakan juga, pengguna boleh melihat kembali kepada beberapa perkara yang telah berlaku pada sesuatu hari.

Logi Circle ini boleh dipra-tempah di Amerika Syarikat pada harga $199.99. Pihak Logitech Malaysia masih tidak mengumumkan sebarang perkara mengenai penawaran peranti ini untuk pasaran tempatan.


TIPS & ULASAN