Perang paten dalam arena teknologi bukan sesuatu yang baru. Namun, akhir-akhir ini lebih ramai syarikat gergasi bekerjasama antara satu sama lain, dan terkini, pihak Google dan Microsoft mencapai kata sepakat, dan menamatkan perang paten mereka yang berlaku selama lima tahun.
Google dan Microsoft menamatkan lebih 20 saman yang difailkan antara satu sama lain, dimana ia meliputi pelbagai perkara daripada telefon sehinggalah kepada beberapa teknologi memfokuskan kepada video dan rangkaian.
Disamping menamatkan perang paten, GOogle dan Microsoft juga dilihat akan bekerjasama dalam membangunkan piawaian video sumber-terbuka.
Perubahan dalam arena ini dilihat hadir, salah satu sebabnya adalah kerana gaya Satya Nadella mengendalikan Microsoft yang serba baru dan lebih memfokuskan kepada keterbukaan dan penawaran perkhidmatan pada pelbagai platform berbeza