Humble Bundle Memperkenalkan Langganan Permainan Secara Bulanan – Humble Monthly

Humble Bundle Memperkenalkan Langganan Permainan Secara Bulanan – Humble Monthly

Diterbitkan pada Okt 2, 2015 oleh .

Bagi anda yang meminati arena permainan video terutamanya pada komputer atau peranti mudah-alih, mungkin mengenali akan perkhidmatan dinamakan Humble Bundle yang menawarkan sejumlah permainan menarik pada harga yang disukai pengguna. Terkini, mereka turut memperkenalkan perkhidmatan baru mereka, dinamakan sebagai Humble Monthly.

Humble Monthly merupakan program langganan permainan secara bulanan, dimana pengguna perlu membayar $12 sebulan untuk menerima pelbagai permainan menarik daripada mereka hasil kerjasama pelbagai penerbit permainan. Berbeza dengan penawaran mereka yang lain, untuk Humble Monthly, semua permainan akan kekal misteri sehingga ia dilancarkan. Seperti biasa, ia akan meliputi permainan klasik dan juga permainan popular.

Pemilihan permainan Humble Monthly juga dilakukan oleh pihak Humble Bundle, dan untuk peringkat permulaan, semuanya akan ditawarkan melalui kod Steam.

Bagi anda yang berminat, boleh membuat langganan Humble Monthly bermula hari ini pada harga $12 sebulan, dan Humble Monthly pertama akan ditawarkan pada 6 November kelak.

Layari : Humble Monthly


TIPS & ULASAN