Cari @ Amanz

Di Malaysia isu hangat beberapa hari kebelakangan ini ialah pemandu teksi berdemo sebagai bantahan terhadap perkhidmatan GrabCar yang didakwa menjejaskan mata pencarian mereka. Pada pendapat pemandu teksi, pemandu GrabCar tidak layak membawa penumpang kerana tidak mempunyai lesen kenderaan komersial yang sah seperti mereka. Keselamatan penumpang juga dikatakan terancam kerana pemandu GrabCar tidak berdaftar secara sah. Terdapat banyak hujah pro dan kontra mengenai perkhidmatan teksi di Malaysia. Apa yang kami tahu sebagai pengguna kami bosan dengan kenderaan kotor, cas berlebihan dan pemandu yang terlalu “mesra” ketika menggunakan perkhidmatan teksi.

Robit-Taxi-1

Jadi perkhidmatan teksi tanpa pemandu Robot Taxi di Jepun ini amat kami mahukan di Malaysia. Robot Taxi menggunakan MPV yang diubahsuai dengan sistem pemanduan automatik. Ianya akan menjalani peringkat percubaan di wilayah Kanagawa berhampiran Tokyo tahun hadapan dengan penawaran perkhidmatan kepada 50 orang pelanggan. Robot Taxi akan membawa pelanggan yang sudah berusia pergi dan pulang dari kedai runcit. Sepanjang tempoh ujian seorang pemandu akan sentiasa berada di kerusi pemandu untuk mengambil alih sekiranya berlaku masalah. Sekiranya ujian berjaya mereka berharap dapat menunggunkan kenderaan bebas pemandu manusia menjelang 2020.

Dengan adanya teksi pemanduan automatik kita tidak perlu lagi risau masalah pemandu dengan rekod jenayah, berbau aneh serta menghisap rokok di dalam kenderaan. Mungkin di masa hadapan akan ada pula demo pemandu teksi menentang penggunaan robot yang turut dituduh menabur pasir ke alam periuk nasi mereka.

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd