Pedal Lock – Kunci Basikal Terbina Pada Injak Kayuhan Basikal

Pedal Lock – Kunci Basikal Terbina Pada Injak Kayuhan Basikal

Diterbitkan pada Okt 2, 2015 oleh .

Berbasikal ialah baik untuk kesihatan. Ia adalah mod pengangkutan yang sangat popular di Belanda kerana ianya murah dan tidak menghasilkan pencemaran. Di Malaysia kami sedari trend menunggang basikal juga semakin popular kerana rakyat kita semakin peduli tentang alam sekitar. Masalah utama menunggang basikal ialah kecurian. Sistem kunci basikal yang ada sekarang diikat pada kerusi basikal dan ini tidak kelihatan cantik. Sekiranya anda mahukan keselamatan basikal tetapi masih kelihatan bergaya Pedal Lock ialah ciptaan terkini yang harus anda miliki.

Pedal-Lock-2

Pedal Lock ialah injak kayuhan basikal dengan sistem pengunci terbina. Apabila basikal ingin dikunci, kabel besi ditarik keluar dari tempat simpanan di dalam injak. Terdapat accelerometer di dalam injak dan apabila basikal dikunci ia akan mengesan pergerakan secara aktif. Sistem penggera sekuat 120 desibel akan berbunyi apabila ini berlaku. Apabila basikal ingin ditunggang semula kabel akan tersimpan semula di dalam injak. Pedal Lock masih mencari dana untuk penghasilan komersial dan boleh dipesan pada harga $40 sepasang. Memang nampak kemas dan tidak kelihatan seperti pengunci basikal secara sekilas pandang.

Pedal-Lock-1


TIPS & ULASAN