Cangkerang PC Thermaltake Core P5 ATX Ini Boleh Digantungkan Di Dinding

Cangkerang PC Thermaltake Core P5 ATX Ini Boleh Digantungkan Di Dinding

Diterbitkan pada Okt 2, 2015 oleh .

Cangkerang PC biasanya diletakkan di lantai. Ada beberapa cangkerang rekaan khas yang terbina di dalam meja seperti yang dihasilkan oleh Lian Li. Sekiranya anda mahukan sesuatu yang unik dan lain dari biasa, cangkerang Thermaltake Core P5 ATX boleh digantungkan di dinding sekiranya perlu. Tidak seperti cangkerang biasa Core P5 ATX mempunyai tubuh yang diperbuat daripada kaca. Komponen komputer dengan sistem lampu boleh dipamerkan seperti sebuah karya seni.

Thermaltake-Core-P5-ATX-1

Ia boleh memuatkan motherboard ATX, mini-ITX dan mATX. Terdapat 8 slot penambahan, 4 slot cakera keras/SSD dan empat slot untuk kad grafik. Terdapat ruang yang mencukupi untuk empat kipas sebesar 120 mm dan radiator penyejukan cecair sebesar 480 mm. Sekiranya anda mahu meletakkannya di atas lantai secara berdiri atau mendatar, kaki tambahan turut disertakan sekali.  Harga jualan cangkerang yang unik ini ialah $169.99.

Thermaltake-Core-P5-ATX-2

 


TIPS & ULASAN