Cari @ Amanz

Asus Malaysia hari ini telah menambah aksesori Asus Lolliflash untuk dijual melalui Asus Online Store, iaitu sebuah aksesori yang menambah lampu Flash dwi-warna untuk rakaman gambar selfie anda.

Asus Lolliflash

Menggunakan Asus Lolliflash, ia membolehkan pengguna mengaktifkannya dan memilih pencahayaan daripada 1.4 lux kepada 10lux, dan membolehkan paparan cahaya pada 70-darjah.

Asus Lolliflash boleh dihubungkan ke sebarang peranti pada bahagian audiojack, dan pengguna perlu mengecas ia terlebih dahulu, dimana pengecasan penuh untuknya menawarkan masa penggunaan sehingga 3 jam.

Asus Lolliflash ini berharga RM49 di Malaysia, dan pengguna sudah boleh membuat tempahan untuknya melalui Asus Online Store hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd