Cari @ Amanz

Pada peranti mudah-alih, ada kalanya pengguna ingin mengakses web dengan pantas, ataupun ingin mengurangkan penggunaan data mudah-alih mereka. Beberapa pelayar web seperti Opera, telah sedia menawarkan fungsi untuk compress data, dan terkini Mozilla turut menguji sebuah fungsi baru pada Firefox untuk Android.

Firefox Android

Melalui Firefox Nightly, sebuah fungsi baru disertakan, dinamakan sebagai Tap-to-load images, dimana gambar tidak dipaparkan ketika pengguna melayari sesuatu web, dan ia hanya dipaparkan apabila pengguna tap pada gambar tersebut sahaja.

Melalui fungsi ini, ia sekaligus membuatkan pengguna boleh menjimatkan data mudah-alih mereka. Untuk mencuba fungsi ini, pengguna boleh mengujinya dengan memuat-turun Firefox untuk Android (Nightly). Ia mungkin akan mengambil masa beberapa bulan lagi sebelum ia diimplementasikan pada versi stabil pelayar web berkenaan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd