Cari @ Amanz

Microsoft pada tahun ini menyaksikan beberapa kerjasama dengan pelbagai pengeluar, dimana mereka menyertakan aplikasi Office secara terbina pada beberapa peranti Android keluaran pengeluar terkemuka – termasuk Samsung, LG, Sony dan sebagainya. Kini, mereka turut memperluaskan kerjasama tersebut dengan pihak Asus.

Asus Zenfone Selfie

Melalui kerjasama ini, Asus akan mula menyertakan aplikasi Office secara terbina pada produk dan peranti akan datang mereka. Perkara ini sekaligus menguntungkan Microsoft dimana mereka boleh menambah angka pengguna untuk perkhidmatan mereka itu.

Pada masa yang sama juga, Microsoft dan Asus mengumumkan kerjasama dari segi paten untuk peranti Android keluaran Asus.

Pengumuman ini hadir sehari selepas pihak Microsoft dan Google mengumumkan untuk menghentikan saman di mahkamah yang melibatkan beberapa paten.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd