Cari @ Amanz

Microsoft sedia menjadualkan sebuah acara media pada minggu hadapan, dimana mereka dijangka memperkenalkan sejumlah peranti baru, termasuk telefon pintar dengan spesifikasi pertengahan, Lumia 550. Lumia 550 ini dijangka menjadi peranti dengan spesifikasi pertengahan terawal yang menggunakan Windows 10 Mobile.

Microsoft Lumia 550

Info berkenaan Lumia 550 telah sedia tertiris sebelum ini, dikatakan akan menyertakan skrin 5.0-inci, cip empat-teras 1.0Ghz, memori 1GB RAM, dan kamera belakang 5-megapixel.

Walaupun menjalankan Windows 10 Mobile, namun ia tidak akan menawarkan pengalaman penggunaan menyeluruh seperti peranti berspesifikasi tinggi – membuatkan beberapa fungsi tidak ditawarkan padanya kelak.

Microsoft dijangka akan memperkenalkan Lumia 550 ini secara rasmi pada 6 Oktober di Amerika Syarikat (7 Oktober waktu tempatan). Selain daripada Lumia 550, mereka juga dijangka memperkenalkan Lumia 950 dan Lumia 950 XL.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd