Cari @ Amanz

Kadang-kala, sesetengah aplikasi pada peranti mudah-alih boleh mengurangkan kadar produktiviti anda – terutamanya aplikasi seperti permainan dan sebagainya. Untuk membantu mengatasi perkara ini, sekaligus memudahkan anda memfokuskan kepada tugasan anda, terdapat sebuah aplikasi khusus, dinamakan ClearLock untuk Android.

ClearLock

Menggunakan ClearLock ini, pengguna boleh menetapkan untuk menghalang akses sesuatu aplikasi untuk seketika, antara 10 minit sehingga kepada 12 jam lamanya. Sebaik sahaja mengaktifkannya, aplikasi yang dipilih anda untuk dihalang tidak dapat dibuka sehinggalah tempoh tersebut habis.

Walaubagaimanapun, pengguna masih boleh mengatasi halangan yang dipaparkan dengan memulakan semula telefon pintar anda – tetapi perkara tersebut mungkin melecehkan anda.

Tujuan utama untuk aplikasi ClearLock ini adalah supaya anda tidak terganggu dengan sebarang aplikasi yang mengurangkan produktiviti anda – sebagai contoh ketika melakukan tugasan harian, atau ketika berada di pejabat.

Aplikasi ini turut hadir dalam pilihan versi PRO yang menawarkan pilihan untuk menjadualkan bagi menghalang sesuatu aplikasi secara berjadual, dan juga sokongan widget tambahan.

Bagi pengguna Android yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma hari ini, dan menggunakannya dalam meningkatkan produktiviti anda.

ClearLock

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd