Cari @ Amanz

Pada minggu ini, Google telah melancarkan peranti Android 6.0 Marshmallow secara rasminya, dan turut mengatakan akan menawarkan kemaskini kepada peranti Nexus bermula minggu hadapan. Lanjutan daripadanya, HTC telah mengeluarkan senarai peranti yang akan menerima kemaskini versi sistem operasi tersebut, dan kini Motorola turut melakukan perkara sama.

Antara peranti Motorola yang akan menerima kemaskini baru ini adalah termasuk Moto X Style 2015, Moto X Play 2015, Moto X Pure 2015, Moto G 2015, Moto X Pure 2014, Moto G 2014, Moto G LTE 2014, dan juga Nexus 6.

Motorola tidak memberikan sebarang tarikh rasmi untuk pengenalannya. Motorola juga turut menekankan yang mana mereka akan menamatkan sejumlah aplikasi dan perkhidmatan, termasuk Moto Assist, Motorola Connect, dan juga Motorola Migrate.

Motorola mengatakan perubahan ini dilakukan kerana fungsi tersebut telah pun mula diintegrasikan pada sistem operasi Android terkini, disamping penawaran lebih baik daripada pihak lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd