Pengelasan Mematuhi Kehendak Syariah Mungkin Diperkenalkan Untuk Filem Dan Rancangan TV Malaysia

Pengelasan Mematuhi Kehendak Syariah Mungkin Diperkenalkan Untuk Filem Dan Rancangan TV Malaysia

Diterbitkan pada Okt 3, 2015 oleh .

Di Malaysia sekarang kita menggunakan enam kategori pengelasan untuk filem dan rancangan TV. Pengelasan tersebut adalah U, P13, 18SX, 18SG, 18PL dan 18PA. Pengelasan ini sudah berkuatkuasa sejak 1996. Sebelum ini Malaysia hanya mempunyai dua kategori pengelasan sahaja iaitu Untuk Tontonan Umum dan Orang Dewasa Sahaja. Pengelasan baru diperkenalkan selepas Tun Dr Mahathir membangkitkan isu rancangan TV mengandungi unsur seks dan keganasan yang dikatakan merosakkan minda rakyat Malaysia. Filem Litar Kasih arahan Eddie Pak mencatatkan sejarah sebagai filem pertama menerima pengelasan 18 SX kerana mengandungi adegan-adegan lumba haram, pelacuran. rogol, kelab malam dan bercium.

Klasifikasi-FIlem-Malaysia

Malaysia mungkin akan mempunyai sebuah lagi kategori pengelasan baru iaitu Mematuhi Kehendak Syariah. Kategori baru ini sedang dipertimbangkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi memudahkan ibu bapa memilih rancangan yang sesuai ditonton oleh anak-anak mereka di masa hadapan. Mungkin ada ibu bapa yang merasakan klasifikasi U untuk rancangan kanak-kanak sekarang masih belum cukup kudus dan pengelasan baru ini akan memastikan tiada elemen bercanggah dengan fahaman agama Islam yang mereka anuti. Pengumuman wujud perancangan untuk mewujudkan pengelasan baru ini diumumkan oleh Datuk Mohid Mohamed, Timbalan Ketua Setiausaha KKMM di sebuah seminar yang dianjurkan oleh MARA dan Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM).

Apakah pendapat anda mengenai cadangan pengelasan mematuhi kehendak syariah ini? Kami secara peribadi tidak mempunyai komen mengenai isu ini kerana sudah lama tidak menonton TV.

 

 

 


TIPS & ULASAN