Batman Arkham Knight PC Akan Dijual Semula Akhir Bulan Ini
Artikel Berkaitan

Batman Arkham Knight PC Akan Dijual Semula Akhir Bulan Ini

Diterbitkan pada Okt 3, 2015 oleh .

Batman Arkham Knight mula dijual Jun lalu dan menerima banyak reaksi positif dari pengguna konsol. Pada platform PC berlainan pula ceritanya dengan ribuan pembeli memulangkan permainan kerana masalah grafik serta pepijat yang kronik. Pihak WB Games melakukan tindakan drastik menarik semula jualan permainan yang amat dinantikan ini pada platform PC selagi ianya tidak diperbaiki. Sebuah patch bagi memperbaiki masalah sela masa sudahpun dihasilkan dengan sebuah lagi yang menambah mod mengambil gambar sedang dihasilkan.

Batman-Arkham-City

Pihak Warner Brothers Games akhirnya bersedia untuk menjual semula permainan ini pada pengguna PC bermula hujung bulan ini. Sungguhpun begitu mereka tidak mempunyai sebarang cadangan untuk memberikan DLC percuma kepada pengguna PC sebagai tanda meminta maaf ke atas kelewatan permainan ini. Dari komen laman Steam, ramai merasakan harga permainan sepatutnya dikurangkan sekiranya DLC percuma tidak disertakan. Ruangan komen juga dipenuhi dengan grafik berunsur lucah bagi menunjukkan ketidakpuasan hati mereka kepada pihak WB Games. Mungkin WB Games harus mengikuti jejak Ubisoft yang memberikan DLC percuma kepada semua pembeli Assassin’s Creed Unity setelah permainan ini mempunyai pelbagai masalah ketika mula dijual.


TIPS & ULASAN