Casitoo – Palam Kuasa Modular

Casitoo – Palam Kuasa Modular

Diterbitkan pada Okt 3, 2015 oleh .

Modular ialah perkataan yang semakin kerap kita dengari sejak kebelakangan ini. Terdapat telefon pintar modular Project Ara oleh Google yang membolehkan pengguna membeli komponen mengikut keperluan peribadi. Terdapat juga PC modular Acer Revo Build yang membenarkan pemilik memasang komponen seperti menara Lego. Kini barangan palam kuasa dengan kemampuan modular juga sudah memasuki pasaran.

Casitoo-modular-1

Casitoo ialah palam kuasa yang dihasilkan di Jerman. Palam kuasa ini mempunyai modul untuk palam 2 pin, palam 3 pin, port USB, pengecasan tanpa wayar, hab WiFi, lampu terbina, pembesar suara dan LAN. Modul Wifi sebagai contoh akan membolehkan palam kuasa dikawal menggunakan peranti pintar. Dengan Casitoo, tidak perlu membeli palam panjang baru apabila palam sedia ada sudah tidak lagi memadai. Hanya perlu membeli modul yang diperlukan sahaja. Set asas Casitoo dijual pada harga bermula dari €25 (RM 98).

Casitoo-2


TIPS & ULASAN