Cari @ Amanz

Ketika sedang menonton video YouTube, adakalanya anda ingin melihat tab pelayar web yang lain untuk meneruskan pelayaran web, tetapi pada masa yang sama ingin menonton video daripada YouTube. Untuk menyelesaikan perkara ini, salah satu pemalam yang boleh membantu adalah SidePlayer.

SidePlayer

Pemalam SidePlayer ini ditawarkan secara percuma untuk pengguna Chrome, dimana jika ia diaktifkan, pengguna akan melihat sebuah butang khusus ketika melayari YouTube, dan boleh menekannya untuk mengaktifkan tontonan melalui tetingkap kecil yang float, dan boleh ditetapkan untuk memperlihatkan tetingkap berkenaan dimana-mana lokasi dengan drag ia kemana-mana.

Pengguna juga boleh mengubah saiz paparan tetingkap video SidePlayer ini mengikut kesesuaian yang diinginkan. Kawalan asas untuk pemain media turut disertakan melaluinya.

Walaupun fungsi yang ditawarkan adalah menarik, tetapi dari segi privasi ia agak menakutkan kerana pemalam tersebut memohon akses kepada membaca data pada web-web yang dilayari anda. Ia boleh dikatakan diperlukan untuk menguasai apa yang ditawarkan pemalam ini, tetapi mungkin tidak selesa bagi sesetengah pengguna.

Bagi anda yang menggunakan Chrome dan ingin mencubanya, boleh memuat-turun SidePlayer ini secara percuma daripada Chrome Web Store hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd