Bank Tempatan Menawarkan Pemindahan Dana Segera Antara Bank Percuma Sehingga Penghujung Tahun

Bank Tempatan Menawarkan Pemindahan Dana Segera Antara Bank Percuma Sehingga Penghujung Tahun

Diterbitkan pada Okt 3, 2015 oleh .

Bagi anda yang sering membuat pemindahan dana antara dari satu akaun bank ke akaun yang lain, mungkin sedia maklum yang biasanya caj sebanyak 50 sen (53sen termasuk GST) dikenakan untuk setiap transaksi untuk pemindahan segera. Kini, dalam usaha mengalakkan pembayaran melalui atas-talian, serta mempromosikan pemindahan segera, pihak MEPS dan bank tempatan bekerjasama untuk menawarkan pemindahan dana segera secara percuma antara bank berbeza.

IBG Transfer Free

Pemindahan dana segera antara-bank (Inter-bank Funds Transfer) ditawarkan secara percuma antara hari ini sehingga 31 Disember 2015 kelak.

Pemindahan ini ditawarkan secara percuma untuk transaksi melalui internet dan juga saluran perbankan mudah-alih. Sementara pemindahan dana melalui ATM masih dikenakan caj seperti biasa sebanyak 50 sen.

Antara bank yang menawarkan sokongan pemindahan segera melalui internet adalah termasuk Agrobnak, Affin Bank, Alliance Bank, Bank Islam, Bank Muamalat, Bank Rakyat, CIMB Bank, Citibank, Hong Leong Bank, Kuwait Finance House, Maybank, OCBC Bank, Public Bank, RHB Bank, dan juga Standard Chartered Bank.


TIPS & ULASAN