Cari @ Amanz

Bagi anda yang mengemarkan sejarah, salah satu laman berbentuk interaktif yang akan diminati oleh anda adalah Histrography. Histography merupakan salah satu laman yang memaparkan garis masa sejarah mengikut urutan tahun dan kategori, dan menarik data daripada Wikipedia untuk dipaparkan bersama.

Histography

Melalui Histography, ia memaparkan pelbagai detik sejarah, daripada pembentukkan dunia, perang dunia, inovasi sehinggalah terkini. Laman tersebut dibahagikan dalam urutan masa dari dulu sehingga sekarang, selain pengguna turut boleh memilih kategori yang diminati mereka untuk melihat sejarah-sejarah berkaitan dengannya – sebagai contoh berkaitan perang, politik, inovasi, muzik, dan sebagainya.

Histography memaparkan setiap detik sejarah dalam bentuk dot, dan beberapa detik penting dipaparkan dalam bentuk ikon bergambar dan beranimasi. Pengguna turut boleh klik pada setiap dot, dan ia akan membolehkan pengguna untuk menonton video, atau membaca artikel berkaitan daripada Wikipedia.

Histography

Histography

Pembangunnya mengatakan laman tersebut akan dikemaskini secara automatik dengan pelbagai perkara yang direkodkan harian di Wikipedia, sekaligus membuatkan ia terus menambah pelbagai perkara yang berlaku setiap hari terus ke laman berkenaan.

Bagi anda yang berminat, anda boleh melayari laman Histography hari ini, dan mula melihat pelbagai detik sejarah menarik melaluinya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd