Cari @ Amanz

Video dalam paparan 360-darjah telah mula diterbitkan oleh beberapa jenama, dan di Malaysia, pihak Maxis menjadi antara yang terawal bereksperimen dengannya, dan telah pun menerbitkan video dalam paparan 360-darjah pertama mereka di YouTube dan juga Facebook.

Untuk video 360-darjah yang pertama kali diterbitkan Maxis ini, mereka berkongsi detik lamaran salah seorang ahli Maxis One.

Maxis mengatakan mereka menggunakan sehingga 6 kamera GoPro dalam usaha untuk merakamkannya dan kemudian mengabungkan hasil rakaman menggunakan perisian khusus. Pada awalnya, Maxis memfokuskan video tersebut untuk diterbitkan di YouTube, tetapi dengan kebetulan Facebook yang turut telah menyokongnya baru-baru ini, Maxis turut menerbitkan video sama di Facebook.

Melalui video 360-darjah ini, pengguna boleh menggunakan telefon pintar mereka dan mengerakkan telefon mereka ke atas, bawah, kiri dan kanan untuk melihat pemandangan berbeza pada sesuatu lokasi.

Mungkinkah dengan ini, kita akan melihat lebih banyak video 360-darjah ini diterbitkan di Malaysia?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd