Cari @ Amanz

ibm-logoRekaan komputer dan peranti mudah-alih semakin mengecil dari dulu sehingga ke hari ini. Salah satu faktor dalam menjayakannya adalah kerana rekaan cip yang lebih efisyen dan bersaiz kecil berbanding asalnya. Terkini, pihak IBM mengumumkan mereka telah menemui penggunaan teknologi carbon nanotube dalam menjadikan cip lebih kecil dan berkuasa berbanding sebelumnya.

Menurut IBM, mereka berjaya menghubungkan carbon nanotube – yang mana merupakan rekaan atom karbon yang digulungkan menjadi silinder – kepada transistor silikon. Melalui penemuan kajian IBM ini, mereka berjaya mengurangkan daya rintangan diantara kedua-duanya, sekaligus tidak memberikan kesan kepada penggunaan tenaga, tetapi pada masa yang sama menjadikan ia bersaiz lebih kecil.

Walaubagaimanapun, IBM masih mempunyai beberapa kajian lanjutan yang perlu dilakukan dan ia akan memakan masa bertahun-tahun lagi sebelum kita melihat penggunaan teknologi ini pada peranti pengguna.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd