Samsung Gear Manager Diterbitkan Untuk Peranti Android Lain

Samsung Gear Manager Diterbitkan Untuk Peranti Android Lain

Diterbitkan pada Okt 5, 2015 oleh .

Samsung sebelum ini telah mengatakan jam tangan pintar bulat mereka, Gear S2 akan boleh digunakan bersama-sama pelbagai peranti Android lain di pasaran. Merealisasikannya, hari ini mereka telah pun menerbitkan aplikasi Samsung Gear Manager di Play Store untuk digunakan oleh semua pengguna Android seluruh dunia.

Samsung Gear Manager

Untuk menggunakan aplikasi ini, pengguna hanya perlu mempunyai peranti Android dengan versi Android 4.4 KitKat dan terkini. Menggunakan aplikasi Samsung Gear Manager ini, ia akan membolehkan pengguna menghubungkan jam tangan pintar Samsung berkenaan kepada peranti, dan seterusnya membuat beberapa tetapan dan menggunakan ia untuk menerima notifikasi daripada peranti anda.

Buat masa ini, ia dilihat lebih memfokuskan kepada sokongan untuk Gear S2 dan juga Gear S2 Classic daripada Samsung. Membezakan sokongan antara peranti Samsung dan Android biasa adalah ketiadaan sokongan Samsung Pay. Memandangkan ia tidak diperkenalkan kepada semua negara buat masa ini, maka mungkin tidak memberikan kesan untuk pengguna umum.

Samsung Gear S2

Samsung Gear Manager boleh dimuat-turun daripada Google Play Store hari ini – tetapi kita masih belum mendengar lagi bilakah Gear S2 akan hadir ke pasaran tempatan buat masa ini.

Muat-Turun Gear Manager di Google Play Store


TIPS & ULASAN