Mota – Kit Pengecasan Tanpa Wayar Untuk GoPro

Mota – Kit Pengecasan Tanpa Wayar Untuk GoPro

Diterbitkan pada Okt 5, 2015 oleh .

Pengecasan tanpa wayar adalah fungsi yang kini mula menjadi standard pada peranti utama. Galaxy S6. LG G4 dan Nexus 6 adalah antara peranti di pasaran sekarang yang menyokong fungsi ini. Ia jauh lebih mudah dari memasang wayar pada port pengecasan. Ianya dijangka menjadi lebih popular setelah IKEA mula mengeluarkan perabot dengan pengecasan tanpa wayar terbina. Di masa hadapan pengecasan tanpa wayar mungkin akan digunakan oleh kesemua alat elektrik yang menggunakan bateri.

Mota 1

Mota ialah kit pengecasan tanpa wayar untuk kamera kasi lasak GoPro Dengan Mota kamera boleh dicas dengan muda tanpa perlu membuka cangkerang kalis air yang menutupi kamera. Pada waktu yang sama Mota boleh mengecas sebuah lagi bateri GoPro dan menjadi power bank untuk peranti pintar anda. Ia mempunyai bateri sebesar 6000 mAh yang direka untuk kamera GoPro Hero 4, Hero 3+ dan Hero 3. Satu set pengecas tanpa wayar ini dijual pada harga $139.

MOta-2

 

 


TIPS & ULASAN