ZTE Mendakwa Nexus 6P Meniru Rekaan Peranti Mereka
ZTE

ZTE Mendakwa Nexus 6P Meniru Rekaan Peranti Mereka

Diterbitkan pada Okt 5, 2015 oleh .

Meniru ataupun “mendapat inspirasi” adalah perkara yang tidak dapat dielakkan di dalam dunia teknologi. Seperti kata Pablo Picasso, artis yang bagus meniru, artis yang hebat mencuri. Ini menyebabkan beberapa syarikat besar saling saman menyaman antara satu sama lain kerana menuduh produk mereka ditiru pesaing.  Google Nexus 6P ialah peranti baru yang diperkenalkan minggu lalu. Ianya peranti Nexus pertama yang dihasilkan oleh Huawei. Rekaan panel  belakang dengan sistem kamera terjojol keluar ini memberikannya rupa yang aneh berbanding kebanyakan peranti di pasaran.

Lu Qian Hao, pengarah pemasaran ZTE kini mendakwa 6P banyak meniru rekaan ZTE Grand S. Grand S dijual pada tahun  2013. Dakwaan dilakukan melalui laman Weibo peribadi beliau. Persamaan memang jelas apabila peranti diletakkan sebelah menyebelah. Namun tidak seperti kes Apple dan Samsung, pihak ZTE tidak akan bertindak menyaman Huawei kerana rekaan peranti yang agak serupa. Pihak ZTE sendiri kerap kali menghasilkan peranti yang “mendapat inspirasi” dari Apple. Jadi agak ironi sekiranya mereka merungut tentang rekaan peranti yang ditiru oleh pengeluar lain. Secara ikhlas rekaan peranti dengan lensa kamera terkeluar ini kali pertama kali lihat pada Nokia Pureview 808.

ZTE-grand-S-1 Google-Nexus-6P-tiga-gambar

 

 

 


TIPS & ULASAN