Cari @ Amanz

Apple dalam menawarkan peranti yang premium kepada pengguna mereka, kini didapati turut menyertakan sebuah lapisan tambahan pada iPhone 6S dan juga iPhone 6S Plus yang memberikan lebih ketahanan terhadap air berbanding dengan sebelum ini. Apple sendiri tidak mengumumkan apa-apa berkaitan dengannya, tetapi beberapa video di YouTube telah pun hadir daripada pengguna yang memperlihatkan ketahanan iPhone didalam air.

iFixit iPhone 6S

Daripada ujian pihak iFixit, mereka mendapati pada bahagian dalaman, Apple menyertakan gasket untuk mengelak air daripada memasukinya, disamping ia turut dikatakan setiap penyambung pada peranti dilindungi dengan silikon – sekaligus mengelakkan ia komponen dalaman terjejas jika air tembus memasuki dalaman peranti berkenaan.

Walaubagaimanapun, beberapa bahagian seperti butang kuasa, butang volume mahupun speaker masih tidak menawarkan perlindungan ketara daripada air.

Mungkinkah kita akan melihat Apple menyertakan iPhone kalis air pada generasi-generasi akan datang?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd