Cari @ Amanz

Google selain menawarkan beberapa aplikasi produktiviti, mereka juga mempunyai penawaran khusus untuk pendidikan dalam memudahkan pelajar dan tenaga pengajar menggunakan platform mereka untuk mendidik dan memudahkan proses pengajaran. Ini sekaligus membawa kepada tanggungjawab pihak Google dalam mendidik dan membincangkan mengenai perkembangan pendidikan dan teknologi.

Memfokuskan mengenainya, kini Google Malaysia menjadualkan sebuah acara khusus dinamakan sebagai Education on Air Malaysia yang bakal diadakan pada 1 November kelak, dimana mereka menjemput sejumlah wakil untuk membincangkan mengenai pendidikan dan teknologi.

Education on Air Malaysia

Google sendiri mengatakan melaluinya, mereka ingin mendalami pemikiran perintis pendidikan Malaysia dan pelajari teknik praktikal yang digunakan oleh guru-guru dan rakan seperjuangan untuk mewujudkan suasana kelas yang menarik dan kondusif dengan menggunakan kemudahan teknologi.

Melalui acara sepanjang hari berkenaan (9 pagi hingga 4 petang, 1 November), Google menjemput beberapa pihak, termasuk Timbalan Menteri Pendidikan untuk membincangkan mengenainya.

Bagi anda yang turut terlibat dalam arena pendidikan, atau ingin turut menyertai acara ini, boleh mendaftarkan minat anda pada laman rasminya, dan mengikuti perbincangan berkaitan dunia pendidikan dan teknologi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd