U Mobile Membolehkan Anda Membeli iPhone 6S Menggunakan U MicroCredit

U Mobile Membolehkan Anda Membeli iPhone 6S Menggunakan U MicroCredit

Diterbitkan pada Okt 6, 2015 oleh .

Bermula minggu lalu, pelbagai syarikat telekomunikasi telah membuka senarai pendaftaran minat untuk pra-tempahan telefon pintar terbaru dari Apple iaitu iPhone 6S dan iPhone 6S Plus. Dalam membawakan kelainan berbanding syarikat telekomunikasi yang lain, U Mobile yang sebelum ini menawarkan peranti iPhone untuk pelan prabayar mereka, kini menawarkan pilihan skim U MicroCredit untuk kedua-dua telefon ini.

iPhone 6S

Bagi anda yang tidak mengetahui apa itu skim U MicroCredit, dibawah skim ini, pengguna boleh memiliki telefon pintar melalui bayaran secara ansuran. Skim U MicroCredit yang telah mula ditawarkan pada bulan Mac yang lalu menawarkan bayaran ansuran yang fleksibel, bergantung kepada status kredit pemohon dengan kadar faedah serendah 0.84%.  Terdapat empat pilihan tempoh bayaran ansuran iaitu selama 12 bulan, 24 bulan, 30 bulan dan 36 bulan. Pengguna juga hanya perlu mengemukakan dokumen seperti kad pengenalan, slip gaji 3 bulan dan juga dua penjamin untuk melayakkan diri untuk skim ini. Permohonan boleh dibuat secara atas-talian ataupun di cawangan dan pengedar U Mobile berhampiran.

Menerusi sumber-sumber yang boleh dipercayai, dengan iPhone 6S & iPhone 6S Plus ini juga U Mobile bakal menawarkan skim Flexi U MicroCredit. Menerusi skim ini, pengguna boleh memilih sekiranya hanya ingin membayar nilai tertentu secara ansuran dalam tempoh yang ditetapkan.

Jika anda berminat untuk mendapatkan telefon pintar iPhone 6S dan iPhone 6S Plus secara ansuran, anda boleh daftarkan minat anda terhadapnya pada halaman pendaftaran U Mobile dan juga memilih U MicroCredit sebagai tawaran pembayaran ansuran. Buat masa ini tiada maklumat berkenaan pembayaran bulanannya namun jika dilihat dari tawaran U MicroCredit untuk model iPhone 6 yang terdahulu, boleh dikatakan penawarannya agak menarik bagi anda yang lebih sukakan bayaran secara ansuran.

Daftar Minat: iPhone 6S | 6S Plus dengan U MicroCredit


TIPS & ULASAN