Cari @ Amanz

Twitter hari ini secara rasminya menamakan Jack Dorsey sebagai Ketua Pengarah Eksekutif tetap syarikat berkenaan, dan Jack Dorsey juga akan bertugas sebagai CEO untuk syarikat pembayaran Square pada masa yang sama.

Jack Dorsey

Jack Dorsey merupakan salah seorang pengasas laman sosial terkemuka berkenaan, dan telah bertugas sebagai CEO sementara syarikat berkenaan sejak bulan Jun lepas. Sebelum ini, Twitter telah mengatakan sedang dalam proses untuk mencari CEO baru, dan mereka dilihat menamakan Jack Dorsey sebagai CEO baru disebabkan oleh visi dan pemahaman beliau terhadap perkhidmatan berkenaan yang lebih baik berbanding semua yang lain.

Sebelum ini, Jack Dorsey turut pernah menjadi CEO untuk Twitter, tetapi berhenti ketika tahun 2008 yang lepas dan telah digantikan oleh Ev Williams ketika itu. Twitter turut mengumumkan yang mana CEO sebelum ini, iaitu Dick Costolo telah pun bersara daripada Twitter dan tidak lagi bersama syarikat berkenaan.

Dengan Jack Dorsey kini mengetuai kembali Twitter, mungkin kita akan melihat pelbagai perubahan menarik yang dibawakan oleh beliau pada laman sosial berkenaan.

Jack Dorsey mengatakan beliau akan terus memfokuskan untuk menjadikan Twitter untuk lebih mudah difahami oleh pengguna seluruh dunia, dan pada masa yang sama menawarkan lebih kemudahan kepada pengguna perkhidmatan berkenaan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd