Google Melancarkan Android 6.0 Marshmallow Untuk Pengguna Peranti Nexus

Google Melancarkan Android 6.0 Marshmallow Untuk Pengguna Peranti Nexus

Diterbitkan pada Okt 6, 2015 oleh .

Google hari ini telah pun melancarkan secara rasminya kemaskini Android 6.0 Marshmallow untuk para pengguna peranti Nexus 5, Nexus 6, Nexus 7 (2013), Nexus 9 dan juga Nexus Player. Kemaskini ini akan ditawarkan secara berperingkat melalui OTA, dan pengguna turut boleh memuat-turun fail pemasangannya tersendiri dan memasang ia secara manual pada peranti mereka.

Android 6.0 Marshmallow

Android 6.0 Marshmallow merupakan kemaskini terkini daripada Google, dimana ia menyertakan kemaskini sekuriti terkini, disamping turut hadir dengan fungsi baru seperti kawalan kebenaran yang diakses oleh peranti, pengoptimasian bateri, Now On Tap dan sebagainya.

Pengguna yang berminat boleh memuat-turun fail pemasangan Android 6.0 Marshmallow untuk peranti Nexus anda hari ini, ataupun menantikan kemaskini OTA hadir dalam beberapa minggu lagi. Beberapa pengeluar turut telah mengatakan akan menawarkan kemaskini sama dalam masa terdekat, termasuk HTC dan juga Motorola.

Muat-Turun Android 6.0 Marshmallow untuk Nexus 5 | Nexus 6 | Nexus 7 (2013) | Nexus 9 | Nexus Player


TIPS & ULASAN