Cari @ Amanz

Huawei 10 OktoberHuawei agak aktif untuk beberapa bulan ini, dimana mereka telah memperkenalkan Honor 7, Huawei Mate S, dan Nexus 6P. Kini, mereka turut menjadualkan sebuah acara pengumuman rasmi pada 10 Oktober ini di Beijing, dimana mereka dijangka akan memperkenalkan peranti berspesifikasi pertengahan.

Huawei tidak mengatakan apakah peranti yang bakal diumumkan, tetapi daripada jemputan yang dihantar, ia dikatakan ditujukan kepada remaja, sekaligus memberikan petanda kemungkinan ianya adalah daripada keluarga Honor.

Mengikut desas-desus yang kedengaran beberapa minggu lepas, Huawei dikatakan dalam pembangunan Honor Play 5X, yang mana membawakan skrin bersaiz 5-inci, dijana dengan cip MediaTek, memori 2GB RAM, serta bateri berkapasiti 4000mAh. Peranti ini turut dijangka akan menyertakan kamera belakang 13-megapixel dan kamera hadapan 5-megapixel.

Adakah ia akan diumumkan pada 10 Oktober ini, atau Huawei mempunyai pengumuman peranti lain – masih tidak diketahui lagi. Apa pun, seperti biasa, kita sama-sama nantikan apakah yang akan diumumkan oleh Huawei pada hari Khamis ini kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd