Bagaimana Mengelak Video Facebook Dimainkan Secara Automatik?

Bagaimana Mengelak Video Facebook Dimainkan Secara Automatik?

Diterbitkan pada Okt 6, 2015 oleh .

Facebook telah mula memberikan fokus terhadap video sejak beberapa bulan lepas, dan salah satu perkara yang tidak digemari ramai adalah apabila video di Facebook dimainkan secara automatik – kadang-kala tanpa pengguna sedar ia dimuat-turun pada latar.

Untuk mengelakkan ia dimainkan di latar, pengguna boleh memadamkan fungsi untuk memainkannya pada latar di web atau pada pelayar web desktop.

Facebook Video Autoplay

Bagi nyah-aktifkannya, anda hanya perlu ke halaman Settings di web, dan kemudian memilih Videos pada menu ditepi.

Pada tetapan Videos, di bahagian Auto-Play Videos, anda boleh memilih untuk Off dan ia tidak lagi akan memainkan video pada latar.

Disamping membuat tetapan untuk nyah-aktifkan video dimainkan secara automatik, pengguna juga boleh memilih kualiti video yang dimainkan di Facebook melalui halaman sama.

Layari : Halaman Tetapan Facebook Video


TIPS & ULASAN