Sony Akan Mengasingkan Perniagaan Sensor Pengimejan Sebagai Syarikat Berasingan

Sony Akan Mengasingkan Perniagaan Sensor Pengimejan Sebagai Syarikat Berasingan

Diterbitkan pada Okt 6, 2015 oleh .

Sony agak terkenal dengan penawaran sensor pengimejan mereka, dimana sensor keluaran mereka digunakan secara meluas oleh pelbagai pengeluar peranti seluruh dunia, termasuk Samsung, Apple, Xiaomi dan sebagainya. Ini juga sekaligus menjadikan perniagaan sensor pengimejan Sony adalah salah satu perniagaan yang sangat menguntungkan.

Kini, dalam usaha untuk memberikan bahagian perniagaan sensor pengimejan lebih fleksibiliti, pihak Sony mengumumkan mereka akan mengasingkannya sebagai subsidiari berasingan. Sony mengatakan ini akan memudahkan lagi bahagian berkenaan membuat keputusan, selain mada masa yang sama memberikan lebih tanggungjawab terhadap keuntungan. Ini juga akan memberikan kemudahan lebih kepada bahagian pengimejan untuk membuat pelaburan untuk pembangunan dan kajian bagi memastikan ia kekal kompetitif berbanding pesaing lain.

Bahagian yang akan dikenali sebagai Sony Semiconductor Solutions dijangka beroperasi sepenuhnya bermula April 2016 kelak.


TIPS & ULASAN