Cari @ Amanz

Jepun sentiasa hadir dengan pelbagai dan gajet yang lain daripada lain, dan terkini salah satu gajet yang diumumkan dan bakal dipasarkan di Jepun adalah RoBoHoN. Secara kasar, RoBoHoN ialah salah satu peranti dengan rekaan seumpama robot, tetapi pada masa yang sama menyertakan sokongan integrasi telefon dan juga projektor.

Robohon

Robohon

RoBoHoN ini dibangunkan oleh Sharp, dimana ia agak berat berbanding beberapa telefon pintar di pasaran. Menggunakan RoBoHoN ini, pengguna boleh membuat panggilan telefon, disamping RoBoHoN sendiri boleh menjadi pembantu peribadi. Segala input boleh dilakukan menggunakan input suara, dan RoBoHoN turut akan membacakan mesej dan peringatan kepada anda.

Robohon

Robohon

RoBoHoN ini turut menyertakan sokongan kamera hadapan untuk memudahkan rakaman gambar dan juga panggilan video, selain projektor terbina padanya yang membolehkan anda menonton dan menyiarkan media terus ke dinding untuk dilihat bersama ahli keluarga yang lain.

RoBoHon ini akan dipasarkan di Jepun bermula awal 2016 kelak, dan harga jualannya dijangka diumumkan ketika pelancarannya kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd