Carian
MakanJom – Aplikasi Yang Memudahkan Anda Menemui Tempat Makan Menarik Berdekatan Dengan Anda
October 6, 2015 Aman

Terdapat beberapa aplikasi yang memfokuskan kepada makanan di Malaysia, dan terkini, salah satu aplikasi baru yang dikongsikan kepada kami adalah Makan Jom. Aplikasi mudah-alih Makan Jom hanya ditawarkan untuk Android buat masa ini, dan ia bakal turut menyusul kepada pengguna iPhone tidak lama lagi.

MakanJom

Melalui aplikasi Makan Jom ini, ia memudahkan pengguna mencari dan menemui tempat makan berhampiran yang sedap dan menerima maklumbalas positif daripada pengunjung. Melalui aplikasi ini, ia memaparkan gambar makanan popular, disamping turut memperlihatkan komen dan ulasan pembaca yang telah berkunjung ke tempat berkenaan. Pihak MakanJom menjayakan sokongan ulasan ini dengan turut menyediakan pautan kepada blog dan laman ulasan makanan yang berkaitan dengan tempat makan tersebut.

Dan jika anda menyukai tempat makanan berkenaan, anda turut boleh memulakan perjalanan dengan mengaktifkan navigasi terus menggunakan Waze atau Google Maps. Memandangkan pada penyenaraian tempat makanan sendiri, aplikasi MakanJom memperlihatkan masa perjalanan anda mengikut jarak, maka ia akan memudahkan lagi perancangan anda untuk ke sana.

Bagi pengguna Android yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma di Google Play Store. Ia tidak diketahui lagi bilakah versi iPhone akan dilancarkan oleh pengunjungnya.

Komen