Carian
MyTeksi Menambah-Baik Privasi – Kini Tidak Lagi Memaparkan Nombor Telefon Peribadi Pengguna
October 6, 2015 Aman

MyTeksi hari ini mengumumkan kemaskini untuk aplikasi mereka, dimana melaluinya mereka memfokuskan kepada sekuriti dan privasi. MyTeksi mengatakan mereka melaburkan sehingga $6 juta untuk memfokuskan kepada keselematan dan privasi untuk pengguna perkhidmatan mereka di rantau ini.

MyTeksi Virtual Number

Sebagai fasa awal dalam memberikan lebih sekuriti dan privasi kepada pengguna, kini MyTeksi akan tidak lagi memaparkan nombor telefon pemandu dan pengguna kepada antara satu sama lain. Sebaliknya nombor telefon tersebut akan dilindungi (number-masking), sekaligus tidak mendedahkan nombor telefon peribadi pengguna mahupun pemandu.

Dengan penggunaan ini, apabila pengguna membuat panggilan kepada pemandu (atau pemandu kepada pengguna), mereka akan dihubungkan melalui nombor telefon maya (virtual number).

Fungsi baru ini diperkenalkan secara berperingkat oleh myTeksi bermula daripada hari ini, dan mereka menyasarkan semua pengguna menerimanya menjelang penghujung Oktober 2015 ini.

Komen