Star Wars Battlefront ialah sambungan kepada Star Wars : Battlefront II yang muncul 10 tahun yang lalu. Sebagai peminat siri Battlefront and filem Star Wars, permainan ini amat kami nantikan dan telahpun kami pesan sejak berbulan yang lalu. Kemampuan bermain di Planet Hoth menentang AT-AT gergasi menggunakan pesawat T-47 ialah perkara yang ingin kami lakukan sejak menonton Empire Strikers Back berpuluh tahun yang lalu.
Spesifikasi PC untuk permainan ini baru sahaja diumumkan oleh EA dan kepada pemilik komputer yang kurang berkuasa ianya pasti menggembirakan anda.
Spesifikasi PC Star Wars Battlefront | ||
---|---|---|
Pemproses Paling Minimum | Intel i3 6300T | |
Pemproses Disarankan | Intel i5 6600 |
|
Kad Grafik Paling Minimum | nVidia GeForce GTX 660 2GB
ATI Radeon HD 7850 2GB |
|
Kad Grafik Disarankan | nVidia GeForce GTX 970 4GB
AMD Radeon R9 290 4GB |
|
RAM Paling Minimum | 8 GB | |
RAM Disarankan | 16 GB | |
Ruang Pemasangan | 40 Gigabyte | |
Sistem Operasi | Windows 7 (64bit). Windows 10 (64bit) |