Microsoft Memperkenalkan Lumia 950 Dan Lumia 950 XL – Dilengkapi Windows Hello Dan Continuum

Microsoft Memperkenalkan Lumia 950 Dan Lumia 950 XL – Dilengkapi Windows Hello Dan Continuum

Diterbitkan pada Okt 6, 2015 oleh .

Microsoft hari ini melalui acara media mereka telah pun memperkenalkan telefon pintar flagship terkini berasaskan kepada Windows 10 Mobile, iaitu Lumia 950 dan juga Lumia 950 XL. Kedua-duanya membawakan sokongan USB Type-C.

Lumia 950

Lumia 950 menyertakan skrin bersaiz 5.2-inci dengan cip enam-teras, sementara Lumia 950 XL pula menggunakan skrin bersaiz 5.7-inci dengan cip lapan-teras. Kedua-duanya dilengkapi dengan kamera belakang 20-megapixel.

Telefon pintar ini turut menyokong fungsi Windows Hello melalui kamera hadapan 5-megapixel. Melalui Windows Hello, pengguna boleh log masuk ke peranti dengan fungsi pengecaman wajah. Ini memberikan lebih sekuriti kepada pengguna berbanding sebelumnya.

Lumia 950

Disamping itu, pengguna turut boleh menggunakan sebuah dock khusus untuk menghubungkan ia kepada monitor, dan kemudian menggunakan Lumia 950 atau Lumia 950 XL sebagai komputer sepenuhnya. Dengan penawaran berkuasa, Microsoft turut menyertakan sokongan liquid-cooling pada telefon pintar ini.

Lumia 950

Lumia 950

Fungsi ini dijayakan melalui sokongan dinamakan Continuum, selain antaramuka Windows 10 sendiri yang membawakan rekaan selari pada pelbagai saiz skrin. Microsoft turut mengatakan kedua-dua peranti ini boleh memainkan video 4K melalui HDMI, selain kamera belakangnya yang turut boleh merakamkan video 4K.

Microsoft akan memasarkan ia bermula November di Amerika Syarikat, dan mungkin kita akan turut melihat ia hadir ke Malaysia selepas beberapa bulan.

Lumia 950

Lumia 950


TIPS & ULASAN