Cari @ Amanz

Bersama-sama pengumuman Lumia 950 dan Lumia 950 XL, pihak Microsoft turut memperkenalkan tablet serta komputer riba hibrid mereka, iaitu Surface Pro 4. Surface Pro 4 ini merupakan kemaskini kepada keluarga Surface Pro 3 sebelum ini, hadir dengan pelbagai kemaskini spesifikasi, serta beberapa fungsi menarik melaluinya.

Microsoft Surface Pro 4

Microsoft Surface Pro 4

Microsoft Surface Pro 4

Surface Pro 4 hadir dengan cip pemprosesan Intel Skylake terkini, membawakan rekaan yang lebih nipis dan ringan, serta menyertakan skrin bersaiz 12.3-inci. Surface Pro 4 membawakan saiz peranti lebih kurang seperti Pro 3 sebelum ini, tetapi pada saiz bezel yang lebih nipis.

Microsoft Surface Pro 4

Microsoft Surface Pro 4

Microsoft Surface Pro 4

Microsoft mengatakan mereka turut menyertakan sebuah cipset G5 khusus dalam menawarkan pengalaman skrin sentuh yang baik berbanding semua peranti lain. Beberapa variasi pilihan spesifikasi ditawarkan, termasuk storan sehingga 1TB dan memori sehingga 16GB. Ini sekaligus membolehkan pengguna menggunakan ia untuk pelbagai tugasan, termasuk untuk grafik dan sebagainya. Microsoft sendiri mengatakan yang mana jurutera mereka menggunakan Surface dalam merekabentuk Surface generasi baru ini.

Microsoft Surface Pro 4

Microsoft Surface Pro 4

Microsoft Surface Pro 4

Microsoft Surface Pro 4

Microsoft turut mengatakan ia membawakan prestasi perkomputeran yang sangat berkuasa, menawarkan prestasi 50% lebih pantas berbanding Macbook Air.

Surface Pro ini akan ditawarkan di Amerika Syarikat bermula bulan Oktober ini pada harga bermula $899 (~RM3900).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd