Microsoft Memperkenalkan Surface Book – Komputer Riba Pertama Daripada Microsoft

Microsoft Memperkenalkan Surface Book – Komputer Riba Pertama Daripada Microsoft

Diterbitkan pada Okt 6, 2015 oleh .

Selain Surface Pro 4, Microsoft turut membuat kejutan dengan memperkenalkan Surface Book – komputer riba pertama daripada mereka. Surface Book hadir dengan skrin 13.5-inci, dan turut hadir dengan sokongan menulis di atasnya menggunakan S-Pen.

Microsoft Surface Book

Seperti Surface Pro 4, ia membawakan skrin yang terang dan jelas, serta dilengkapi teknologi Gorilla Glass. Dalam usaha memberikan pengalaman menaip yang baik, Surface Book turut menyertakan papan kekunci yang senyap ketika menaip, serta menawarkan fungsi backlit melaluinya.

Microsoft Surface Book

Microsoft Surface Book

Microsoft Surface Book

Dari segi spesifikasi, Surface Book ini dilengkapi cip pemprosesan Intel Skylake, dilengkapi GPU NVIDIA GeForce dengan memori GDDR5, serta papan kekunci yang terbaik di pasaran. Microsoft mengatakan papan kekunci ini menawarkan pengalaman menaip yang sangat baik, dan lebih senyap berbanding pesaing lain.

Papan kekunci ini juga tuurt boleh ditanggalkan daripada skrin Surface Book – lebih kurang seperti Surface Pro 4, dan digunakan bersama Surface Pen serta Surface Dock.

Dengan kuasa pemprosesan yang tinggi ini, Microsoft mengatakan Surface Book dua kali ganda lebih berkuasa berbanding Macbook Pro. Surface Book ini turut menawarkan masa penggunaan bateri sehingga 12 jam lamanya.

Microsoft Surface Book

Microsoft Surface Book

Microsoft Surface Book

Pada papan kekuncinya, Microsoft menyertakan port USB 3.0, sokongan membaca kad-SD, serta integrasi trackpad dengan 5-point multi-touch.

Surface Book ini akan ditawarkan bermula penghujung Oktober untuk pasaran Amerika Syarikat, dimana ia membawakan harga jualan permulaan $1499 (~RM6503).


TIPS & ULASAN