Windows 10 Kini Digunakan Oleh Lebih 110 Juta Peranti Seluruh Dunia

Windows 10 Kini Digunakan Oleh Lebih 110 Juta Peranti Seluruh Dunia

Diterbitkan pada Okt 7, 2015 oleh .

Satya Nadella, pada pentas utama Microsoft hari ini turut berkongsi statistik semasa berkenaan penggunaan peranti Windows 10. Angka terkini peranti yang menjalankan Windows 10 telah pun melangkaui 110 juta peranti seluruh dunia, dan ia terus bertambah dari hari ke hari.

Satya Nadella

Windows 10 telah dilancarkan pada penghujung Julai yang lepas, dimana ia ditawarkan secara percuma untuk pengguna Windows 7 dan Windows 8.1. Melalui Windows 10, Microsoft menawarkan menu Start, aplikasi desktop, sokongan desktop-maya, kemaskini antaramuka, integrasi Cortana, pelayar web Microsoft Edge, dan pelbagai kemaskini baru.

Dengan perkongsian angka ini, ia turut pada masa yang sama memberikan petanda kepada pembangun untuk membangunkan aplikasi untuk platform tersebut. Berkongsi mengenai aplikasi universal, Microsoft mengatakan aplikasi Facebook, Messenger dan juga Instagram akan hadir dengan sokongan paparan universal tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN