Microsoft Band Baru Diperkenalkan Dengan Rekaan Skrin Melengkung

Diterbitkan pada Okt 7, 2015. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Microsoft dibawah Satya Nadella memfokuskan kepada peranti pelbagai saiz dari kecil sehingga besar – termasuk gelang tangan pintar. Microsoft pada tahun lepas telah memperkenalkan Microsoft Band, dan hari ini mereka mengumumkan kemaskini untuknya yang membawakan rekaan kaca melengkung.

Microsoft Band

Microsoft Band

Dengan rekaan kaca melengkung, pengguna kini boleh lebih selesa menggunakannya berbanding sebelum ini. Seperti biasa, ia menawarkan integrasi GPS, sensor pengimbas denyutan jantung, serta menyertakan sensor barometer untuk memantau gerakan anda menaiki tangga atau mendaki bukit. Microsoft turut menyatakan ia kini boleh menilai VO2Max – iaitu pengiraan untuk mengetahui berapa banyak oksigen diperlukan badan anda dalam seminit.

Microsoft Band

Microsoft Band

Microsoft juga turut membawakan integrasi Cortana kepada Microsoft Band baru ini yang akan meyokong sejumlah aplikasi melaluinya, selain turut membolehkan pengguna mengakses data dan menilainya melalui Microsoft Health.

Microsoft Band baru ini akan dipasarkan di Amerika Syarikat bermula penghujung Oktober ini pada harga $249 (~RM1072).

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami