Microsoft Akan Memasarkan Lumia 550 Bermula Disember 2015

Microsoft Akan Memasarkan Lumia 550 Bermula Disember 2015

Diterbitkan pada Okt 7, 2015 oleh .

Disamping memperkenalkan pelbagai peranti berspesifikasi tinggi, pihak Microsoft juga mengambil masa beberapa detik dalam mengumumkan telefon pintar mampu-milik mereka berasaskan kepada Windows 10 Mobile, iaitu Lumia 550. Ia bakal dipasarkan oleh Microsoft bermula daripada bulan Disember 2015 ini.

Lumia 550

Lumia 550 telah tertiris sebelum ini, dimana ia membawakan skrin bersaiz 5-inci, dijana menggunakan cip Snapdragon 210 1.2Ghz, dan menyertakan kamera belakang 5-megapixel.

Telefon pintar ini disasarkan kepada negara-negara membangun, dan fungsi yang dibawakan olehnya adalah terhad dan tidak menyeluruh seperti peranti flagship Lumia 950 atau Lumia 950 XL.

Microsoft Lumia 550

Microsoft mengatakan ia akan dipasarkan di negara-negara membangun bermuka Disember 2015 pada harga $139 (~RM600). Kita mungkin akan dapat melihat ia ditawarkan di pasaran tempatan sama ada pada penghujung tahun ini atau awal tahun 2016 kelak.


TIPS & ULASAN