Twitter Memperkenalkan Moments – Memudahkan Pengguna Mengikuti Perkongsian Dan Berita Utama

Twitter Memperkenalkan Moments – Memudahkan Pengguna Mengikuti Perkongsian Dan Berita Utama

Diterbitkan pada Okt 7, 2015 oleh .

Twitter pada minggu ini telah mengumumkan CEO baru untuk syarikat mereka, dan kini selang sehari, mereka mengumumkan sebuah fungsi baru yang dinamakan sebagai Moments. Melalui Moments, Twitter memaparkan pelbagai berita dan perkongsian menarik di Twitter, serta diperlihatkan dalam bentuk yang menarik.

Melalui Moments, sebuah tab khusus disediakan, dimana pengguna boleh melihat apakah perkongsian dan berita utama yang dibincangkan di Twitter. Fungsi ini turut boleh digunakan walaupun pengguna tidak mengikuti sesiapa.

Twitter Moments

Moments ini dilihat sedikit berbeza dengan Highlights, dimana pengguna turut boleh menatal pada tab berkenaan untuk melihat topik-topik berbeza yang diringkaskan di Moments, seperti sukan, hiburan, berita semasa, politik, teknologi, dan sebagainya.

Moments akan dikemaskini dari masa ke semasa, dan pengguna akan dipaparkan dengan sebuah dot pada tab berkenaan untuk memberikan petanda terdapat berita dan perkongsian baru yang menantikan mereka.

Twitter turut mengumumkan beberapa rakan kerjasama dari Amerika Syarikat, seperti Mashable, NASA, New York Times, Buzzfeed dan sebagainya. Fungsi ini hanya diperkenalkan di Amerika Syarikat sahaja buat masa ini, dan mereka masih tidak memberitahu bilakah fungsi sama akan diperluaskan kepada pengguna seluruh dunia.


TIPS & ULASAN