Surface Pro 4 Akan Mula Dijual Di Malaysia 19 November Ini

Surface Pro 4 Akan Mula Dijual Di Malaysia 19 November Ini

Diterbitkan pada Okt 7, 2015 oleh .

Surface Pro 4 diperlihatkan malam semalam dan ia membawakan beberapa perubahan yang menarik. Pad sesentuh pada Type Cover kini diperbuat daripada kaca dan kekunci kini dikatakan setanding dengan yang digunakan pada sebuah komputer riba. Dari segi spesifikasi ia mempunyai skrin 12.3″,menggunakan pemproses terkini Intel Skylake, RAM sehingga 16 Gigabyte dan muatan sehingga 1 Terabyte. Surface Pen baru yang disertakan mampu ketahanan bateri sehingga setahun dan “pemadan” terbina pada bahagian belakang.

Surface Pro 4 malaysia

Di Malaysia tarikh jualannya adalah pada 19 November hadapan. Ini diketahui melalui tweet yang dihantar oleh akaun rasmi Microsoft Malaysia sebentar tadi. Walau bagaimanapun tarikh jualan Surface Book masih belum diketahui. Surface Pro 4 akan mula dijual di beberapa pasaran dunia bermula 29 Oktober ini. Tindakan Microsoft menjual Surface Pro 4 sepantas mungkin di pasaran Malaysia ini sangat dihargai kerana harus diakui tiada siapa gemar menunggu lama untuk peranti terkini. Kami berharap pihak Google Nexus dan Motorola akan mengikuti langkah Microsoft

 


TIPS & ULASAN