Intel Melancarkan Keluarga Cip Pemprosesan Intel Core Generasi Ke-6 Di Malaysia

Intel Melancarkan Keluarga Cip Pemprosesan Intel Core Generasi Ke-6 Di Malaysia

Diterbitkan pada Okt 7, 2015 oleh .

Intel Malaysia hari ini secara rasminya memperkenalkan keluarga cip pemprosesan terkini daripada Intel, yang turut dikenali dengan nama kod Skylake. Menurut Intel, cip pemprosesan Intel generasi ke-6 ini adalah cip paling berkuasa daripada Intel buat masa ini.

Intel Core Gen 6

Melalui cip pemprosesan generasi ke-6 ini, Intel menawarkan sokongan untuk pelbagai saiz peranti. Beberapa siri cip disediakan, dimana siri-Y memfokuskan kepada peranti dua-dalam-satu, siri-U memfokuskan kepada komputer riba yang nipis serta komputer AIO, siri-H untuk workstation, dan siri-S untuk desktop. Ini sekaligus membawa cip Intel daripada peranti sekecil Intel Compute Stick sehinggalah komputer desktop dan juga workstation.

Disamping menawarkan prestasi perkomputeran yang baik, Intel turut memfokuskan kepada penggunaan tenaga, dimana kini ia lebih dioptimasi serta menawarkan masa penggunaan baterui yang lama.

Intel Core Gen 6

Intel Core Gen 6

Intel Core Gen 6

Intel mengatakan dengan rekaan 14nm yang digunakan oleh cip Intel generasi ke-6 ini, ia menawarkan kuasa pemprosesan lebih 2.5 kali ganda, masa bateri lebih tiga kali ganda, serta penawaran grafik yang lebih 30 kali ganda berbanding komputer pengguna yang berusia sekitar lima tahun lepas.

Intel turut menekankan mengenai sokongan grafik yang dibawakan oleh Iris. Kini, dengan penawaran grafik, cip Intel generasi ke-6 turut menyokong permainan dalam resolusi 4K tanpa masalah pada komputer riba.

Dari segi sokongan baru, Intel cip generasi ke-6 menawarkan sokongan untuk USB Type-C dan juga Thunderbolt 3. Disamping itu, penggunaan Intel RealSense Camera turut disokong melalui cip baru untuk membolehkan rakaman gambar dalam 3D, atau mengimbas untuk percetakkan 3D. Penggunaan teknologi Intel RealSense Camera juga membolehkan pengguna untuk mengubah gambar latar ketika membuat panggilan video, selain menggunakan sokongan kamera sebagai kata laluan untuk log masuk ke komputer.

Intel Core Gen 6

Intel Core Gen 6

Intel Core Gen 6

Intel Core Gen 6

Intel turut mengatakan cip ini dioptimasikan untuk sistem operasi Windows 10 – sistem operasi versi terkini daripada Microsoft yang turut digunakan oleh majoriti pengeluar seluruh dunia.

Intel mengatakan dalam masa beberapa bulan lagi, mereka akan memasarkan leih 48 cip dibawah keluarga cip Intel Core generasi ke-6 – yang turut menyertakan sokongan Iris dan Iris Pro Graphics. Pelbagai peranti yang menggunakan cip ini akan dipasarkan oleh Intel dan juga rakan kerjasama mereka.


TIPS & ULASAN