Cari @ Amanz

Kita hidup di negara beriklim Khatulistiwa. hari yang panas dengan mudah berubah menjadi hujan lebat dengan sekelip mata. Tubuh basah kuyup adalah lumrah setiap kali anda keluar dari kereta ketika hari hujan. Payung yang disimpan di dalam kereta tidak boleh dibuka dengan pantas untuk mengelakkan ini daripada terjadi. Oleh sebab itu kami merasakan sistem Rain Smart ini harus menjadi aksesori wajib pada kenderaan seluruh negara.

RainSmart-1

Ia dipasang di antara pintu dan bingkai pintu kenderaan. Apabila pintu dibuka ia akan membentuk penutup yang akan menghalang hujan dari membasahi tubuh pemandu. Dari bawah penutup ini pemandu boleh membuka payung dengan selamat dan kering. Ketik hari panas Rain Smart boleh ditanggalkan dari pintu dan tidak menghalang pemandu keluar dari kenderaan. Projek ini masih mengumpul dana dan boleh disokong pada harga bermula $99 sebuah. Sekiranya anda bosan baju basah kerana hujan serta bau kurang menyenangkan akibat bahagian dalam kereta yang basah, Rain Smart ialah alat yang akan menyelesaikan dua masalah ini.

RainSmart-2

 

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd