Mesin Layan Diri Yang Boleh Mengambil Selfie Kini Wujud di Jepun

Mesin Layan Diri Yang Boleh Mengambil Selfie Kini Wujud di Jepun

Diterbitkan pada Okt 7, 2015 oleh .

Mesin layan diri sebenarnya bukanlah ciptaan baru. Mesin layan diri pertama dicipta oleh Hero of Alexandria, seorang jurutera Yunani dan ia menjual air suci. Pada kurun ke-17 mesin layan diri menjual tembakau muncul di United Kingdom. Mesin layan diri mekanikal moden pula pertama kali dipatenkan pada tahun 1867 dan digunakan untuk menjual setem. Mesin layan diri kini digunakan untuk menjual minuman dan makanan. Di Jepun budaya menggunakan mesin layan diri secara meluas menyebabkan buku, makanan panas dan juga seluar dalam terpakai turut dijual di dalamnya. Kini di Jepun wujud mesin layan diri baru yang boleh mengambil selfie.

Kirin-Line-1

Kirin, sebuah syarikat minuman bekerjasama dengan Line untuk menghasilkan mesin layan diri selfie. Apabila pembeli membeli minuman, mereka akan dibenarkan mengambil selfie percuma menggunakan mesin ini. Gambar yang diambil kemudian boleh dihias dengan pelekat Line. Pelekat dipilih menggunakan skrin sesentuh pada bahagian depan mesin layan diri ini. Selepas suntingan dilakukan gambar yang dihasilkan boleh dihantar terus ke peranti yang mempunyai aplikasi Line terpasang. Penggunaan mesin selfie adalah gimik oleh Kirin untuk menjual lebih banyak minuman. Orang di Jepun gemar mengambil gambar menggunakan mesin gambar (photobooth). Gabungan mesin gambar, mesin layan diri dan media sosial ini diharap dapat meningkatkan jualan.

Selain menjadi mesin selfie, mesin layan diri ini juga mempunyai fungsi sekunder memaparkan maklumat kecemasan. Apabila berlaku kecemasan seperti gempa bumi dan tsunami, skrin pada bahagian hadapan mesin layan diri akan memaparkan maklumat penting kepada orang ramai.

Kirin-Line-2


TIPS & ULASAN