Maxis Akan Menghantar iPhone 6S Dalam Masa 24 Jam Ke Mana-Mana Lokasi Di Malaysia

Maxis Akan Menghantar iPhone 6S Dalam Masa 24 Jam Ke Mana-Mana Lokasi Di Malaysia

Diterbitkan pada Okt 7, 2015 oleh .

Maxis hari ini secara rasminya mengumumkan yang mana mereka akan membuat penghantaran iphone 6S dan juga iPhone 6S Plus kepada para pelanggan mereka dalam tempoh 24 jam bermula 16 Oktober ini. Maxis mengatakan mereka akan menghantar ia kemana-mana lokasi di Malaysia, dan mencabar para pengguna untuk memberikan lokasi yang sukar dihantar oleh mereka.

Maxis Express

Maxis akan memulakan pra-tempahan untuk iPhone 6S dan juga iPhone 6S Plus ini bermula hari Jumaat ini. Pelan dan harga juga dijangka akan diumumkan pada tarikh tersebut.

Ini merupakan julung kalinya Maxis membuat penghantaran sedemikian di Malaysia, dimana mereka ingin menghantar pembelian pelanggan mereka dalam masa kurang 24 jam – ke mana-mana lokasi di seluruh Malaysia. Pada tahun lepas, mereka turut melakukannya, tetapi mereka tidak membuat cabaran seperti kali ini.

Menurut pihak Maxis, jika mereka gagal untuk menghantarnya dalam masa 24 jam, mereka akan memulangkan wang pembelian kepada pelanggan tersebut.

Maxis mengatakan bilangan unit yang ditawarkan adalah terhad – terutamanya untuk beberapa versi. Bagi anda yang berminat, boleh membuat pra-daftaran dan menjadi terawal membuat pra-tempahan pada 9 Oktober ini.

Layari : Maxis Express


TIPS & ULASAN